Menu
#



DOHA 5 Feb. - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia di sini menjaga reputasi mereka bagi memastikan persepsi baik terhadap negara terus terpelihara. 

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu juga penting dalam memastikan peluang ekonomi yang berterusan untuk rakyat Malaysia di sini. 

"Reputasi Malaysia cukup tinggi di sini," katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama kira-kira 200 rakyat Malaysia di sini malam ini. Menurutnya, dalam pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani, baginda turut menyatakan kerajaannya cukup senang dengan syarikat Malaysia dan pekerjanya yang profesional. 

Yang hadir sama Duta Besar Malaysia ke Qatar, Datuk Ahmad Jazri Mohd Johar dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin. 

Terdahulu Ahmad Zahid yang tiba di sini kelmarin bagi lawatan rasmi empat hari ke negara ini atas undangan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifah Al Thani yang juga Menteri Dalam Negeri, disambut oleh Pengarah Jabatan Hubungan Antarabangsa Qatar, Mejar Jeneral Abdulaziz A. Alansari. 

Sempena lawatan sulung Ahmad Zahid ke negara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani dan juga Sheikh Abdullah Pada majlis itu juga Timbalan Perdana Menteri mengumumkan Emir Qatar bersetuju mengiktiraf lesen memandu rakyat Malaysia di sini. 

Menurutnya, dengan keputusan itu rakyat Malaysia di negara ini tidak perlu mengikuti latihan bagi mendapatkan lesen memandu di sini. Sementara itu, Ahmad Jazri berkata, terdapat kira-kira 5,000 rakyat Malaysia yang bekerja dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini.




0 comments:

Post a Comment

 
Top