Menu
#



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berterima kasih kepada semua pihak yang membantu membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang dilarang keluar dari Korea Utara sejak 7 Mac lalu, susulan ketegangan diplomatik antara kedua-dua negara.

Menerus mesej Twitter hari ini, Timbalan Perdana Menteri berkata:

"Syukur Alhamdulillah, kesemua sembilan orang rakyat Malaysia selamat pulang ke Malaysia dari Pyongyang. Terima kasih semua pihak yang membantu".

Sembilan rakyat Malaysia yang tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara selamat tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5 pagi tadi, selepas menaiki pesawat khas dari Pyongyang.

Mereka terdiri daripada Kaunselor, Mohd Nur Azrin Md Zin, 37 bersama isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak mereka, Annur Zulaikha, 6, Annur Zhafirah, 5 dan Ayscha Zinnirah, 3; Pegawai Tadbir, Nirmala Malar Kodi Singaram, 45 serta Setiausaha Duta, Noor Saadah Jamaludin, 29, dan suaminya, Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan.






0 comments:

Post a Comment

 
Top